Sunday, October 20, 2013

Program Kecemerlangan Kurikulum

PIBG pada tahun 2013, juga turut membiayai serta menyumbang dalam program-program kecemerlangan kurikulum pelajar yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah seperti program panitia, program Kelas Tuisyen Berfokus, Kelas Bimbingan Terancang, Bengkel SPM untuk semua subjek, aktiviti bidang Sains dan Matematik, Aktiviti Bidang Kemanusiaan dan membiayai program Gerak Bestari sepenuhnya.

Secara keseluruhannya, program dan aktiviti  yang dilaksanakan sepanjang tahun 2013 adalah banyak berbanding tahun-tahun sebelumya. Impak dari program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan dibiayai oleh PIBG pada tahun 2013  adalah amat membanggakan dan memberikan petunjuk yang jelas lagi signifikan terhadap peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS).,
Semoga dengan kejayaan-kejayaan dalam program dan aktiviti yang dirancang oleh PIBG bersama pihak sekolah akan dapat memajukan sekolah sekaligus menyokong warga SMK Langkap ke arah mencapai Sekolah Kecemerlangan Kluster 2016 nanti.

No comments:

Post a Comment