Secara keseluruhannya, program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2013 adalah banyak berbanding tahun-tahun sebelumya. Impak dari program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan dibiayai oleh PIBG pada tahun 2013 adalah amat membanggakan dan memberikan petunjuk yang jelas lagi signifikan terhadap peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS).,
Semoga dengan kejayaan-kejayaan dalam program dan aktiviti yang dirancang oleh PIBG bersama pihak sekolah akan dapat memajukan sekolah sekaligus menyokong warga SMK Langkap ke arah mencapai Sekolah Kecemerlangan Kluster 2016 nanti.